Kelainan Boeing 757

757 dikeluarkan dalam dua siri asas iaitu siri -200 dan -300. Siri 757-200 lebih pendek tetapi mampu terbang dengan jarak yang lebih jauh. Siri -100 pada mulanya sebahagian daripada kelainan tetapi tidak dibina.

757-100

Ini adalah rekaan asal 757 dengan muatan sebanyak 150 tempat duduk dan merupakan pengganti bagi 727. Walau bagaimanapun, ia gagal menarik perhatian pelanggan dan dengan itu ia tidak pernah dibina.

757-200

757-200 adalah versi definitif bagi kebanyakkan 757. Ia juga turut dikeluarkan dalam bentuk kargo (757-200F) dan versi gabungan penumpang-kargo.

757-300

757-300 adalah versi yang dipanjangkan, membolehkan lebih banyak kapaisiti tetapi mempunyai jarak yang lebih pendek. Penerbangan perdananya ialah pada Ogos 1996. Ia mampu menerbangkan seramai 252 penumpang. Hanya 55 buah berjaya dikeluarkan.

Kelainan Persendirian Dan Ketenteraan

Kerajaan Arab Saudi dan Amerika Syarikat menggunakan 757 untuk penerbangan VIP mereka dan hanya satu kelainan persendirian dikeluarkan untuk pengasas Microsoft iaitu Paul Allen. Royal New Zealand Air Force juga menggunakan 2 757 untuk kegunaan tentera dan VIP. Penerbangan untuk Presiden Argentina juga menggunakan 757.